Tuesday, November 22, 2011

Tamak Haloba

31
Aku melihat Syaitan dan para iblisnya bermusyawarah. Syaitan itu menyuruh para iblisnya beredar untuk memasang jerat-jerat terutama untuk mereka yang menantikan ketibaan Yesus kedua kali dan yang memelihara semua hukum Tuhan. Syaitan memberitahu para iblisnya yang semua gereja sedang tidur. Dia akan meningkatkan kuasanya dan perbuatan-perbuatan yang menghairankan. “Ini boleh memukau mereka. Tetapi kumpulan pemelihara Sabat itu kita benci. Mereka itu berterusan bekerja menentang kita dan mengambil pengikut kita untuk memelihara hukum Tuhan yang dibenci itu.”

“Pergilah, mabukkan pemilik-pemilik tanah dan wang itu dengan belaian. Jika kamu dapat membuatkan mereka meletakkan keghairahan kepada perkara-perkara ini, kita masih memiliki mereka. Mereka boleh sahaja mengaku apa-apa pun, tetapi buatlah mereka supaya menitikberatkan wang lebih daripada kejayaan kerajaan Kristus atau menyebarkan kebenaran yang kita benci. Persembahkan dunia di hadapan mereka dalam terang yang sangat menarik supaya mereka menyukainya dan mendewa-dewakannya. Kita harus pelihara semua cara dan kaedah di kalangan kita seberapa yang boleh. Lebih banyak cara dan kaedah mereka perolehi, lebih parahlah kerajaan kita dengan mengambil pengikut kita. Bila mereka mengadakan pertemuan-pertemuan di pelbagai tempat, kita akan berada dalam bahaya. Oleh sebab itu sentiasalah berjaga-jaga. Timbulkan lebih banyak gangguan. Binasakan kasih di antara satu dengan yang lain. Tawarkan hati dan lemahkan semangat para pemimpin rohani mereka, sebab kita membenci mereka. Sediakan setiap alasan-alasan yang munasabah kepada mereka yang mempunyai jalan, jika tidak mereka akan sebarkan. Kuasai hal-hal kewangan jika kamu dapat lakukan. Dorong para pemimpin rohani supaya berasa tidak berkecukupan dan cemas. Ini akan melemahkan dorongan dan kesungguhan mereka. Perjuangkan setiap inci medan. Jadikan tamak haloba dan kasih kepada harta duniawi sebagai ciri-ciri tingkah laku mereka. Selagi ciri-ciri ini berkuasa, keselamatan dan kasih kurnia akan diketepikan. Berkumpullah kamu beramai-ramai di sekeliling mereka untuk menarik perhatian mereka. Mereka pasti menjadi milik kita. Bukan sahaja kita mempunyai kepastian tentang mereka tetapi juga pengaruh-pengaruh mereka yang amat dibenci itu tidak akan dapat dilakukan terhadap orang-orang lain untuk membawa mereka ke syurga. Kepada mereka yang mencuba untuk memberi, taruhlah dalam diri mereka satu hati yang cenderung berat hati supaya ia akan berat hati memberi.

Aku melihat Syaitan melaksanakan rancangan-rancangannya dengan teliti. Apabila pelayan Tuhan mengadakan pertemuan-pertemuan, Syaitan dan para iblisnya memahami urusan mereka. Mereka ada di ladang untuk menghalang pekerjaan Tuhan. Syaitan dan para iblisnya sentiasa mengemukakan cadangan-cadangan ke dalam minda umat Tuhan. Sebahagian dipimpinnya ke satu jalan, sebahagian yang lain dibawanya ke jalan yang lain, sentiasa mengambil kesempatan dari ciri-ciri jahat dalam diri umat lelaki dan perempuan itu, menguja dan menggerakkan serangan segala penjuru semulajadinya. Jika pembawaan mereka adalah sebagai orang yang mementingkan diri dan tamak haloba, Syaitan sangat berbesar hati berdiri di sisinya dan dengan segala kuasanya dia akan berusaha untuk memimpin mereka mempamerkan dosa-dosa mengganggu. Jika kasih kurnia Tuhan dan terang kebenaran mencairkan sedikit sahaja perasaan mementingkan diri dan tamak haloba, dan mereka tidak mendapatkan kemenangan penuh melawan perasaan-perasaan itu, ketika mereka bukan berada di bawah satu pengaruh penyelamatan, maka Syaitan akan masuk dan akan memudarkan setiap prinsip baik hati dan mulia.

Mereka akan berfikir yang mereka harus melakukan terlalu banyak. Mereka akan berasa letih dengan perbuatan-perbuatan baik dan lupa akan pengorbanan besar yang Yesus lakukan untuk mereka, untuk membebaskan mereka daripada kuasa Syaitan dan kesengsaraan yang tidak berpengharapan.

Syaitan mengambil peluang terhadap sikap mementingkan diri dan tamak haloba Yudas dan menghasutnya supaya merungut terhadap minyak wangi yang didedikasikan Maria kepada Yesus. Yudas melihat perbuatan Maria itu sebagai satu pembaziran besar. Minyak itu sepatutunya dijual dan hasilnya diberikan kepada orang-orang miskin. Yudas tidak mengambil berat tentang orang-orang miskin tetapi menganggap persembahan murah hati kepada Yesus sebagai berlebih-lebihan. Yudas memberi harga kepada Tuhannya cukup-cukup untuk menjualnya pada kadar beberapa keping perak sahaja. Aku melihat bahawa terdapat sebahagian orang yang sama seperti Yudas di kalangan orang-orang yang mengaku menantikan Tuhan. Syaitan menguasai mereka tetapi mereka tidak menyedarinya. Tidak sedikitpun sifat-sifat tamak haloba atau mementingkan diri berkenan kepada Tuhan. Tuhan membencinya. Dia membenci doa-doa dan gesaan-gesaan orang-orang yang memiliki sifat-sifat itu. Bila Syaitan menyedari masanya semakin singkat, dia memimpin mereka supaya semakin mementingkan diri dan semakin tamak haloba. Dia berasa sangat gembira melihat mereka leka dalam diri mereka sendiri, tertutup, kedekut dan mementingkan diri sendiri. Jika mata mereka dapat dibuka, mereka akan melihat Syaitan sedang berasa seronok berasa menang, bergembira kerana mereka, tertawa terbahak-bahak di atas kebodohan mereka yang menerima cadangan-cadangannya dan masuk ke dalam perangkapnya. Kemudian Syaitan dan para iblisnya mengambil cara dan perbuatan tamak haloba orang perseorangan itu dan mempersembahkannya kepada Yesus dan malaikat-malaikat-Nya, dangan teguran mengatakan, “Inilah pengikut-pengikut Kristus! Mereka sudah bersedia untuk diubah!” Syaitan menanda penyelewengan perjalanan mereka dan membandingkannya dengan Alkitab, dengan ayat-ayat yang jelas mencela sifat-sifat sedemikian dan memperlihatkan itu untuk menyakitkan hati malaikat-malaikat syurgawi, mengatakan, “Inilah pengikut-pengikut Kristus dan firman-Nya! Inilah buah-buah pengorbanan Yesus dan penebusan-Nya!” Para malaikat dengan rasa meluat berpaling daripada kelakuan itu. Tuhan mengingini amalan berterusan di pihak umat-Nya. Bila mereka menjadi letih untuk melakukan perbuataan baik dan murah hati, Dia juga berasa letih terhadap mereka. Aku melihat bahawa Tuhan sungguh tidak menyenangi manifestasi mementingkan diri yang terkecilpun di pihak orang-orang yang mengaku sebagai umat Tuhan, yang kepada mereka itu Yesus sanggup melepaskan nyawa-Nya yang amat bernilai itu. Setiap individu yang mementingkan diri dan tamak haloba akan jatuh dalam perjalanan hidupnya. Sebagaimana Yudas yang telah menjual Tuhannya, mereka juga akan menjual prinsip-prinsip yang baik dan pembawaan yang berkemurahan dan mulia demi untuk  sedikit keuntungan duniawi. Semua itu akan ditampi keluar daripada umat Tuhan. Mereka yang ingin akan syurga mestilah dengan segala tenaga yang ada pada mereka mendorongkan prinsip-prinsip syurgawi. Daripada jiwa-jiwa mereka yang layu dengan sifat mementingkan diri, mereka seharusnya melakukan kebajikan. Setiap kesempatan harus dipertingkatkan dengan melakukan perbuatan baik terhadap satu dengan yang lain, semakin meningkat dan bertumbuh dalam prinsip-prinsip syurgawi. Yesus diperlihatkan kepadaku sebagai tauladan sempurna. Hidup-Nya adalah tanpa kepentingan diri dan ditandai dengan kebajikan yang tidak berkepentingan diri.

Rujuk: Markus 14:3-11; Lukas 12:15-40; Kolosi 3:5-16;
            1 Yohanes 2:15-17

No comments:

Post a Comment