Sunday, July 31, 2011

Jatuhnya Syaitan

Tuhan telah menunjukkan kepadaku yang Syaitan itu pada suatu ketika merupakan satu malaikat yang terhormat di syurga, selepas Yesus Kristus. Wajahnya sama seperti malaikat yang lain, lembut dan bahagia. Dahinya yang tinggi dan luas membayangkan kuasa inteleknya. Bentuknya sempurna. Perawakannya mulia dan agung. Aku melihat ketika Yahweh berfirman kepada Anak-Nya, baiklah Kita menjadikan manusia menurut imej Kita, Syaitan iri hati terhadap Yesus. Dia mahu dirinya dirujuk berkenaan dengan penciptaan manusia. Dia dipenuhi dengan perasaan iri hati, cemburu dan benci. Syaitan mahu dirinya yang tertinggi di syurga, selepas Tuhan. Dia menerima penghormatan yang tertinggi.

Adalah menjadi satu dosa yang paling besar apabila memberontak terhadap peraturan dan kehendak Tuhan. Seluruh syurga seperti dalam keributan. Para malaikat dikerah membentuk pasukan. Satu pemerintah malaikat diangkat sebagai ketua mereka. Seluruh malaikat menjadi sibuk. Syaitan dengan cara menyindir melawan kerajaan Tuhan, bercita-cita tinggi untuk meninggikan dirinya dan tidak rela takluk kepada otoriti Yesus. Sesetengah malaikat bersimpati dengan Syaitan dalam pemberontakannya manakala yang lain berpuas hati di atas penghormatan dan hikmat Tuhan dalam pemberian otoriti kepada Anak. Berlakulah perbalahan di antara malaikat-malaikat itu. Syaitan dan yang terlibat dengannya, yang bertekad untuk membuat pembaharuan dalam kerajaan Tuhan, ingin menyelami hikmat yang tidak terduga untuk mempastikan tujuan meninggikan Kristus dan menganugerahkan kepada-Nya kuasa dan pemerintahan yang tidak terbatas. Mereka menentang otoriti Anak itu. Seluruh malaikat dipanggil mengadap Tuhan bagi menentukan kes masing-masing. Dalam pertemuan itu telah ditetapkan yang Syaitan akan dibuang keluar dari syurga. Para malaikat yang bersekongkol dengan Syaitan dalam pemberontakan itu juga akan dibuang bersama-sama dengannya. Berlakulah peperangan di syurga. Para malaikat bertempur dalam peperangan itu. Syaitan berhasrat untuk menawan Anak dan semua yang takluk kepada kehendak-Nya. Bagaimanapun malaikat-malaikat yang baik dan benar menang. Syaitan dan pengikut-pengikutnya dihalau keluar dari syurga.

Selepas dibuang dari syurga bersama-sama dengan semua yang jatuh bersama-sama dengannya, Syaitan kemudiannya menyedari yang dia telah kehilangan semua kesucian dan kemuliaan syurga untuk selama-lamanya. Kemudian dia bertaubat dan berharap dia dikembalikan semula ke syurga. Dia bersedia untuk mengambil tempat yang sepatutnya atau mana-mana tempat yang diberikan kepadanya. Tetapi, tidak, syurga tidak harus diletakkan dalam keadaan berbahaya. Seluruh syurga mungkin tercemar jika dia diambil semula oleh kerana dosa berpunca daripadanya dan benih-benih pemberontakan terdapat dalam dirinya. Syaitan sudah memperolehi pengikut iaitu mereka yang bersimpati dengannya dalam pemberontakannya itu. Dia dan pengikut-pengikutnya bertaubat dan menangis dan merayu supaya dia diambil semula ke pangkuan Tuhan. Tetapi tidak, dosa, kebencian dan kedengkian mereka begitu sangat besar sehingga Tuhan tidak dapat menghapuskannya. Ia harus kekal demikian untuk menerima hukumannya yang terakhir.

Apabila Syaitan menyedari sepenuhnya bahawa tidak ada kemungkinan baginya untuk dibawa semula ke pangkuan Tuhan, niat jahat dan kebenciannyapun mula timbul. Dia berunding dengan para iblisnya. Satu rancangan dibentangkan iaitu untuk bekerja terus menentang kerajaan Tuhan. Apabila Adam dan Hawa ditempatkan di taman yang sangat indah itu, Syaitan telah menyediakan rancangan untuk membinasakan mereka.
Satu perundingan telah dilakukan dengan para iblisnya. Tidak ada cara bagi pasangan yang berbahagia itu kehilangan kebahagiaan mereka jika mereka menuruti Tuhan.

Syaitan tidak akan dapat menggunakan kuasanya ke atas mereka kecuali mereka terlebih dahulu mengingkari Tuhan dan mengambil semula kemurahan-Nya daripada mereka. Syaitan dan kuncu-kuncunya telah menyediakan beberapa rancangan untuk membawa Adam dan Hawa kepada keingkaran supaya menimbulkan kerutan Tuhan dan juga mereka dapat dibawa secara langsung kepada pengaruh Syaitan dan para iblisnya. Rancangan itu menetapkan supaya Syaitan akan mengambil satu bentuk dan menimbulkan satu minat manusia. Dia akan menyindir terhadap benar tidaknya Tuhan, menimbulkan keraguan sama ada Tuhan bermaksud sebagaimana yang Dia katakan atau tidak, selepas itu merangsang perasaan ingin tahu mereka, kemudian membawa mereka untuk menyiasat rancangan Tuhan yang tidak terduga itu, yang Syaitan bersalah, dan sebab mengapa ada sekatan berkenaan dengan pohon pengetahuan itu.

Rujuk: Yesaya 14:12-20; Yehezkiel 28:1-19; Wahyu 12:7-9

*Ikuti bab ke-2, catatan yang lebih menarik ...

Kata Pengantar


“Carilah pengajaran dan kesaksian!” Siapa yang tidak berbicara sesuai dengan perkataan itu, maka baginya tidak terbit fajar.” Yesaya 8:20
Pada permulaan abad ke 21 ini, nampaknya setiap orang telah menjadi nabi. Bahkan terdapat web  gelanggang ramalan dalam internet. Sebahagian daripada web tersebut menyatakan hal-hal agak pelik. Bagaimana kita dapat mengetahui dengan pasti bahawa mereka adalah benar-benar orang yang mereka perkatakan – penerima-penerima perkataan-perkataan Tuhan? – dengan membandingkan apa yang mereka katakan dengan ajaran dan kesaksian Alkitab. Pastinya Tuhan yang sama telah menurunkan firmanNya pada masa yang lalu kepada umatNya dan dituliskan (kemudiannya menjadi beberapa buku dalam Alkitab), tidak seharusnya bercanggah dengan diriNya.
Yesus terus terang bernubuat tentang hal ini kerana mengetahui yang isu nubuatan merupakan satu ujian besar bagi mereka pada hari-hari akhir: “Banyak nabi palsu akan muncul dan menyesatkan banyak orang.” Matius 24:11. Untuk menekankan lagi, Tuhan telah mengurniakan kata-kata ini kepada Yohanes: “Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah percaya akan setiap roh, tetapi ujilah roh-roh itu, apakah  mereka berasal dari Allah; sebab banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi ke seluruh dunia.” 1 Yohanes 4:1. Tentu sekali Ellen White tidak terkecuali. Bawalah buku ini dan bandingkan dengan Kitab Suci; adakah ia memenuhi ujian itu atau tidak. Berdoalah kepada Bapa yang berpengasihan di syurga dan Dia akan mengutuskan RohNya untuk memimpin kita kepada semua kebenaran.
Nampaknya hampir tidak boleh dipercayai sekarang, tetapi hingga pada dua tahun terakhir abad ke 20, hampir semua orang yang mengaku diri sebagai ‘Kristian’ benar-benar menentang sesiapa sahaja yang mengaku telah menerima wahyu daripada Tuhan. Biasanya mereka akan memetik Wahyu 22:18-19 untuk membuktikan hujah-hujah mereka: “Aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengar perkataan-perkataan nubuat dari kitab ini: “Jika seorang menambahkan sesuatu kepada perkataan-perkataan ini, maka Allah akan menambahkan kepadanya malapetaka-malapetaka yang terulis di dalam kitab ini. Dan jikalau seorang mengurangkan sesuatu dari perkataan-perkataan dari kitab nubuat ini, maka Allah akan mengambil bagiannya dari pohon kehidupan dan dari kota kudus, seperti yang tertulis di dalam kitab ini.”
Adakah ayat-ayat ini mengatakan yang selepas kematian Yohanes tidak akan ada lagi nabi daripada Tuhan? Jika ya, mengapakah Yesus menggesa kita agar berhati-hati terhadap ‘nabi-nabi palsu?’ Mengapakah Roh Kudus melalui Yohanes menyuruh kita menguji roh-roh? Bukankah semua ini lebih mudah jika kita mengetahui, abaikan sahaja sesiapa yang mengaku menerima firman daripada Tuhan selepas Yohanes? Tetapi itu bukan rancangan Tuhan. Dia mengurniakan kebenaran baru bila diperlukan dan membuat kehendakNya diketahui dan orang-orang yang benar dalam hati akan memeriksa sama ada hal itu betul atau tidak. Kemudian dengan girang menerima dan menurutinya. Tentu sekali Syaitan juga dibenarkan untuk melakukan pekerjaannya. Jika Syaitan tidak diizinkan, dia akan mendakwa Tuhan sebagai tidak adil.
Roh Kudus melalui Paulus menanyakan soalan-soalan yang sangat penting dalam 1Korintus 12 yang sering kali terlepas pandang. Adakah semuanya rasul? Adakah semuanya nabi? Adakah semuanya pekerja mukjizat? Adakah semuanya mempunyai kurnia penyembuhan? Adakah semuanya berkata-kata dalam bahasa lidah? Kemudian dia mengatakan bahawa dia akan menunjukkan kepada kita “jalan yang lebih utama lagi”, dengan mengatakan bahawa kurnia itu tidak berfaedah kepada kita jika kita tidak mempunyai kasih. Dalam bab 14, dia maju selangkah lebih jauh dengan mengatakan kepada kita,
“kejarlah kasih itu dan usahakanlah dirimu memperoleh kurnia-kurnia Roh terutama kurnia untuk bernubuat.” “Usahakanlah dirimu untuk memperoleh kurnia untuk bernubuat dan janganlah melarang orang yang berkata-kata dengan bahasa roh.” “Janganlah padamkan Roh, dan janganlah anggap rendah nubuat-nubuat. Ujilah segala sesuatu dan peganglah yang baik.” 1Tesalonika 5:19, 21.
Ellen White telah dikurniakan dengan penglihatan “Kontroversi Besar” pada musim bunga tahun 1858 di Lovett’s Grove, Ohio, USA. Kebanyakan penglihatan itu telah dilihatnya dalam penglihatan 11 tahun lebih awal tetapi pada kali ini dia telah disuruh untuk menulis penglihatan itu walaupun Syaitan  berusaha keras untuk menghalangnya. Sesetengah bahagian terutamanya bab 30 telah diterbitkan dalam “Little Flock” pada tahun 1847, “Christian Experiences and Views” pada tahun 1851 dan buku-buku (risalah) “Supplement” pada tahun 1854. Semuanya diilhamkan oleh Roh Kudus, ditulis oleh seorang wanita bertubuh lemah tetapi salih dan diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1858. Syaitan yang mencuba untuk membersihkan dunia ini daripada Alkitab dan mengubahnya dengan membanjirinya dengan versi-versi yang telah diselewengkan, juga bekerja untuk membinasakan dan menyelewengkan buku ini juga oleh kerana buku ini merupakan buku yang kedua paling berharga di seluruh dunia bagi anak Tuhan. Tetapi Tuhan telah melindungi firmanNya.
Ada juga sebilangan orang yang mempersoalkan mengapa begitu banyak masalah peperangan, jenayah, sex sumbang dan ya, bahkan dari segi kepercayaan agama, dalam dunia kita. Asas bagi jawapan terhadap persoalan-persoalan  ini boleh didapati dengan memahami kontroversi besar antara Kristus dan Syaitan yang telah berlangsung sejak sebelum manusia wujud lagi.
Semoga Tuhan mencurahkan kurnia terbaikNya kepada kamu, para pembaca, ketika kamu “menguji segala sesuatu” yang tertulis dalam buku ini oleh Firman Tuhan – Alkitab.

Untuk mendapatkan salinan percuma buku ini, silakan memuat turun di : http://www.earlysda.com. Jika anda mempunyai pertanyaan atau komen, hantar e-mel kepada Daniel Winters di earlysda@hotmail.com. 

Nota: Biografi Ringkas, Kata Pengantar, Senarai Kata dan rujukan-rujukan pada penghujung setiap bab bukan hasil tulisan Ellen White atau tidak ada pada buku asli ini.

Biografi Ringkas

 
Ellen  Gould White, 1827 – 1915

Ellen adalah seorang yang telah mengabdikan diri sebagai murid Yesus Kristus, mulanya adalah seorang penganut fahaman Methodis sehingga berumur 17 tahun. Dia telah digugurkan dari keahlian gereja kerana mengatakan dan mempercayai kedatangan segera Kristus pada tahun 1843. Tuhan telah memberikan kepadanya penglihatan dan satu perutusan untuk dibawa kepada dunia, hanya setelah dua orang lain telah menolak bebanan itu daripada Tuhan. Dia telah menulis banyak rencana dan buku-buku yang memberi teguran dan gesaan. Setelah menerima terang tentang mesej kesihatan, dia menjadi penyokong kuat kepada kesihatan, menyeru mengambil makanan yang sama dengan makanan asli di Taman Eden, menahan diri  daripada mengambil bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan diri dan bersederhana dalam semua perkara.

Puan White tidak pernah menggelar dirinya sebagai seorang ‘nabi’ walaupun dia tidak mempunyai masalah dengan orang-orang yang menggelarnya dengan gelaran itu. Tetapi apabila ditanya tentang hal itu, dia menganggap dirinya sebagai seorang ‘utusan’. Dalam jawapannya itu, dia telah menunjukkan bahawa pekerjaannya dalam reformasi kesihatan, menyeru bertaubat daripada dosa dan menyokong satu pergerakan bagi “memulihkan rekahan”, melibatkan lebih daripada apa yang biasanya dilakukan oleh seorang nabi – menyatakan tentang peristiwa-peristiwa masa hadapan menurut pandangan Tuhan. Dia telah menerbitkan beberapa buku-buku klasik renungan rohani dengan “Langkah kepada Yesus” sebagai bukunya yang paling popular. Tetapi dia menganggap buku ini, “Kontroversi Besar Antara Kristus dan Malaikat-malaikatNya Dengan Syaitan dan Iblis-iblisnya” sebagai bukunya yang paling penting.

Thursday, July 28, 2011

Khabar Pengharapan


Apa yang anda harap-harapkan dalam hidup anda? Hidup senang? Hidup gembira? Hidup kaya? Hidup harmoni? Hidup berjaya? Tidak ada seorang pun yang mengimpikan kehidupan susah, menderita dan sangsara. Jika demikian anda adalah orang yang paling tepat untuk meneruskan pembacaan apa yang saya sudah tulis dalam blog ini.

Saya tidak menjanjikan apa-apa kepada anda kerana nekad menetap tulisan-tulisan berkuasa dan bergema yang saya paparkan di sini. Anggaplah lawatan anda ke blog ini sebagai peluang terbaik. Kenapa? Kerana anda sampai ke laman ini bukan kerana kesilapan. 

Percayalah ada jutaan manusia yang kurang dan mungkin tidak berkesempatan dan tidak berpeluang menelusuri setiap baris kata-kata yang tercoret di blog ini. Ini pesan khas dari saya: blog ini berkuasa mengubah hidup anda. Bukan kerana apa yang saya nyatakan kepada anda tetapi kerana kuasa lain yang lebih mulia, lebih berkuasa, lebih akrab, lebih sejati, dan lebih nyata dari semua perkara yang pernah anda dengar, lihat, dan cerna selama ini.

Jangan heran jika anda mengeluh, menderita, sangsara, dan penasaran akan hidup anda sendiri selepas  beberapa siri pembacaan anda. 

Hanya satu perkara: ikuti blog ini setiap hari kerana saya telah menyediakan empat puluh satu artikel [41]  dan ia akan saya paparkan melalui blog ini mulai esok dan seterusnya. Semuanya berlandaskan satu perkara: KASIH ...

Jangan lupa ikuti mulai esok dan kongsikan kepada setiap teman, sahabat, rakan, dan kawan anda.