Aku melihat orang-orang kudus meninggalkan bandar-bandar dan kampung-kampung. Mereka bergabung bersama dalam kumpulan-kumpulan. Mereka tinggal di tempat-tempat yang paling terpencil. Para malaikat membekalkan makanan dan minuman kepada mereka tetapi orang-orang yang tidak percaya menderita kelaparan dan kehausan. Kemudian aku melihat para pemimpin bumi mengadakan perundingan. Syaitan dan para iblisnya pula sibuk di sekeliling mereka. Aku melihat satu surat dengan salinan-salinannya bertaburan di merata tempat di seluruh negeri. Surat itu memerintahkan: kecuali orang-orang salih meninggalkan kepercayaan mereka yang khusus itu, meninggalkan Sabat dan memelihara hari yang pertama dalam minggu, selepas satu tempoh yang ditentukan, orang-orang yang tidak percaya itu adalah bebas untuk membunuh mereka. Tetapi dalam tempoh ujian ini, orang-orang kudus bersikap tenang dan tenteram. Mereka percaya kepada Tuhan. Mereka bersandar kepada janji-Nya bahawa akan disediakan jalan kelepasan bagi mereka. Di beberapa tempat yang lain, belumpun sampai masanya perintah itu dikuatkuasakan, orang-orang jahat itu bergegas maju ke arah orang-orang kudus untuk membunuh mereka. Tetapi para malaikat yang menyerupai pahlawan perang menentang mereka. Syaitan ingin sekali mengambil kesempatan itu untuk memusnahkan dan menghapuskan umat-umat kudus Yang Maha Tinggi. Tetapi Yesus menyuruh para malaikat-Nya melindungi mereka. Tuhan akan dipermuliakan di hadapan orang-orang yang tidak percaya di sekeliling umat-Nya dengan membuat satu perjanjian dengan mereka yang memelihara undang-undang-Nya. Yesus akan dipermuliakan dengan mengubah mereka yang setia tanpa mengalami kematian, mereka adalah orang-orang yang telah lama menunggu kedatangan Yesus.
Kontroversi Besar, sebuah buku yang memaparkan bagaimana dunia menjadi suatu tempat yang kejam dan ganas dengan segala penderitaan dan kesusahan. Perlu di baca oleh segenap lapisan manusia di seluruh permukaan bumi ini ... Siapa pun anda, anda berhak dalam satu perkara: menentukan halatuju kehidupan anda. Terutamanya antara hidup dan mati. Itu adalah hak dan itu terletak di tangan anda. Anda tidak seharusnya dipengaruhi oleh sesiapa pun. Sila baca mulai entri pertama: Khabar Pengharapan.
Showing posts with label susah. Show all posts
Showing posts with label susah. Show all posts
Saturday, December 17, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)