Sunday, July 31, 2011

Kata Pengantar


“Carilah pengajaran dan kesaksian!” Siapa yang tidak berbicara sesuai dengan perkataan itu, maka baginya tidak terbit fajar.” Yesaya 8:20
Pada permulaan abad ke 21 ini, nampaknya setiap orang telah menjadi nabi. Bahkan terdapat web  gelanggang ramalan dalam internet. Sebahagian daripada web tersebut menyatakan hal-hal agak pelik. Bagaimana kita dapat mengetahui dengan pasti bahawa mereka adalah benar-benar orang yang mereka perkatakan – penerima-penerima perkataan-perkataan Tuhan? – dengan membandingkan apa yang mereka katakan dengan ajaran dan kesaksian Alkitab. Pastinya Tuhan yang sama telah menurunkan firmanNya pada masa yang lalu kepada umatNya dan dituliskan (kemudiannya menjadi beberapa buku dalam Alkitab), tidak seharusnya bercanggah dengan diriNya.
Yesus terus terang bernubuat tentang hal ini kerana mengetahui yang isu nubuatan merupakan satu ujian besar bagi mereka pada hari-hari akhir: “Banyak nabi palsu akan muncul dan menyesatkan banyak orang.” Matius 24:11. Untuk menekankan lagi, Tuhan telah mengurniakan kata-kata ini kepada Yohanes: “Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah percaya akan setiap roh, tetapi ujilah roh-roh itu, apakah  mereka berasal dari Allah; sebab banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi ke seluruh dunia.” 1 Yohanes 4:1. Tentu sekali Ellen White tidak terkecuali. Bawalah buku ini dan bandingkan dengan Kitab Suci; adakah ia memenuhi ujian itu atau tidak. Berdoalah kepada Bapa yang berpengasihan di syurga dan Dia akan mengutuskan RohNya untuk memimpin kita kepada semua kebenaran.
Nampaknya hampir tidak boleh dipercayai sekarang, tetapi hingga pada dua tahun terakhir abad ke 20, hampir semua orang yang mengaku diri sebagai ‘Kristian’ benar-benar menentang sesiapa sahaja yang mengaku telah menerima wahyu daripada Tuhan. Biasanya mereka akan memetik Wahyu 22:18-19 untuk membuktikan hujah-hujah mereka: “Aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengar perkataan-perkataan nubuat dari kitab ini: “Jika seorang menambahkan sesuatu kepada perkataan-perkataan ini, maka Allah akan menambahkan kepadanya malapetaka-malapetaka yang terulis di dalam kitab ini. Dan jikalau seorang mengurangkan sesuatu dari perkataan-perkataan dari kitab nubuat ini, maka Allah akan mengambil bagiannya dari pohon kehidupan dan dari kota kudus, seperti yang tertulis di dalam kitab ini.”
Adakah ayat-ayat ini mengatakan yang selepas kematian Yohanes tidak akan ada lagi nabi daripada Tuhan? Jika ya, mengapakah Yesus menggesa kita agar berhati-hati terhadap ‘nabi-nabi palsu?’ Mengapakah Roh Kudus melalui Yohanes menyuruh kita menguji roh-roh? Bukankah semua ini lebih mudah jika kita mengetahui, abaikan sahaja sesiapa yang mengaku menerima firman daripada Tuhan selepas Yohanes? Tetapi itu bukan rancangan Tuhan. Dia mengurniakan kebenaran baru bila diperlukan dan membuat kehendakNya diketahui dan orang-orang yang benar dalam hati akan memeriksa sama ada hal itu betul atau tidak. Kemudian dengan girang menerima dan menurutinya. Tentu sekali Syaitan juga dibenarkan untuk melakukan pekerjaannya. Jika Syaitan tidak diizinkan, dia akan mendakwa Tuhan sebagai tidak adil.
Roh Kudus melalui Paulus menanyakan soalan-soalan yang sangat penting dalam 1Korintus 12 yang sering kali terlepas pandang. Adakah semuanya rasul? Adakah semuanya nabi? Adakah semuanya pekerja mukjizat? Adakah semuanya mempunyai kurnia penyembuhan? Adakah semuanya berkata-kata dalam bahasa lidah? Kemudian dia mengatakan bahawa dia akan menunjukkan kepada kita “jalan yang lebih utama lagi”, dengan mengatakan bahawa kurnia itu tidak berfaedah kepada kita jika kita tidak mempunyai kasih. Dalam bab 14, dia maju selangkah lebih jauh dengan mengatakan kepada kita,
“kejarlah kasih itu dan usahakanlah dirimu memperoleh kurnia-kurnia Roh terutama kurnia untuk bernubuat.” “Usahakanlah dirimu untuk memperoleh kurnia untuk bernubuat dan janganlah melarang orang yang berkata-kata dengan bahasa roh.” “Janganlah padamkan Roh, dan janganlah anggap rendah nubuat-nubuat. Ujilah segala sesuatu dan peganglah yang baik.” 1Tesalonika 5:19, 21.
Ellen White telah dikurniakan dengan penglihatan “Kontroversi Besar” pada musim bunga tahun 1858 di Lovett’s Grove, Ohio, USA. Kebanyakan penglihatan itu telah dilihatnya dalam penglihatan 11 tahun lebih awal tetapi pada kali ini dia telah disuruh untuk menulis penglihatan itu walaupun Syaitan  berusaha keras untuk menghalangnya. Sesetengah bahagian terutamanya bab 30 telah diterbitkan dalam “Little Flock” pada tahun 1847, “Christian Experiences and Views” pada tahun 1851 dan buku-buku (risalah) “Supplement” pada tahun 1854. Semuanya diilhamkan oleh Roh Kudus, ditulis oleh seorang wanita bertubuh lemah tetapi salih dan diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1858. Syaitan yang mencuba untuk membersihkan dunia ini daripada Alkitab dan mengubahnya dengan membanjirinya dengan versi-versi yang telah diselewengkan, juga bekerja untuk membinasakan dan menyelewengkan buku ini juga oleh kerana buku ini merupakan buku yang kedua paling berharga di seluruh dunia bagi anak Tuhan. Tetapi Tuhan telah melindungi firmanNya.
Ada juga sebilangan orang yang mempersoalkan mengapa begitu banyak masalah peperangan, jenayah, sex sumbang dan ya, bahkan dari segi kepercayaan agama, dalam dunia kita. Asas bagi jawapan terhadap persoalan-persoalan  ini boleh didapati dengan memahami kontroversi besar antara Kristus dan Syaitan yang telah berlangsung sejak sebelum manusia wujud lagi.
Semoga Tuhan mencurahkan kurnia terbaikNya kepada kamu, para pembaca, ketika kamu “menguji segala sesuatu” yang tertulis dalam buku ini oleh Firman Tuhan – Alkitab.

Untuk mendapatkan salinan percuma buku ini, silakan memuat turun di : http://www.earlysda.com. Jika anda mempunyai pertanyaan atau komen, hantar e-mel kepada Daniel Winters di earlysda@hotmail.com. 

Nota: Biografi Ringkas, Kata Pengantar, Senarai Kata dan rujukan-rujukan pada penghujung setiap bab bukan hasil tulisan Ellen White atau tidak ada pada buku asli ini.

No comments:

Post a Comment